Sunday, 26 February 2017

Parti Islam Se Malaysia. Give me something for the pain

Is the massive hit for rockers Bon Jovi, taken from the album these days .

These days, it seems that even PAS is up in arms and screaming to the government : Give me something for the pain.

Malaysiakini, has the story. Read below :

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa kerajaan membatalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Jika kerajaan tidak mampu untuk membatalkan GST, sekurang-kurangnya kerajaan perlu menurunkan kadar GST sejajar dengan kenaikan kadar inflasi sebagai langkah mengurangkan beban rakyat.

“Menurunkan kadar GST sejajar dengan kenaikan kadar inflasi tidak akan mengurangkan nilai kutipan GST kepada kerajaan kerana harga barangan yang lebih mahal akan mengimbangi penurunan kadar GST,” katanya dalam kenyataan.

Beberapa hari yang lalu, RHB Research menjangka inflasi akan meningkat kepada tiga peratus tahun ini daripada 2.1 peratus pada 2016, katanya dalam satu nota penyelidikan.

Jangkaan itu dibuat berdasarkan harga bahan api yang lebih tinggi, penghapusan subsidi ke atas harga barang terpilih, peningkatan kos perniagaan serta penyusutan ringgit yang menyebabkan harga import yang lebih tinggi, katanya.

“Kadar inflasi naik kepada 3.2 peratus tahun ke tahun pada Januari 2017, daripada +1.8 peratus pada Disember dan November 2016. Ini disebabkan pemulihan dalam kos pengangkutan,” katanya.

Firma penyelidikan itu berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras semasa, iaitu tiga peratus pada 2017.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, ini bermakna harga barangan akan terus meningkat dan rakyat yang merana terpaksa lagi membayar lebih di bulan-bulan akan datang untuk segala jenis barangan pengguna.

“Apapun, kerajaan perlu beringat bahawa kadar inflasi sebenar adalah lebih tinggi di realiti