Monday, 13 January 2020

Adhif Syan Abdullah. Lord of trance

Is a club hit for DJ Tiesto.  Adun of Dengkil, the lyrics to this song goes like this :

There is nothing to be afraid of
Virtual reality will rehabilitate your mind and eventually your body
You'll be alright I promise
Just concentrate
And trust the music


🤣🤣🤣🤣🤣👆

I hearby nominate Adhif Syan Abdullah as 2020's MAN OF THE YEAR.  This is Adhif Syan Abdullah's incredible story ... Hit it Malaysiakini (sorry i actually read my news in Malay)🤭👇

Saya ke kondo untuk berbincang, kata Adun Dengkil

 (Dikemaskini )
Berita

Beberapa jam selepas namanya dikaitkan dengan serbuan polis, Adun Dengkil, Adhif Syan Abdullah, tampil membuat penjelasan.

Menurut Adhif Syan, beliau memang berada di lokasi kejadian ketika sepasukan polis datang membuat serbuan.

Katanya apa yang berlaku ialah beliau berada di tempat yang salah dan pada waktu yang salah.

“Saya boleh katakan, saya berada di tempat salah pada masa salah, malah saya tegaskan bahawa saya berada di pihak yang benar," katanya seperti dipetik Harian Metro hari ini.

Adif yang juga ketua Pemuda Bersatu dilaporkan berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di Pulau Meranti, Dengkil, Selangor.

Sejak pagi tadi tular beberapa maklumat mengenai penahanan sekumpulan individu oleh polis kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Seorang daripada mereka yang dikaitkan dengan serbuan itu ialah Adhif Syan.

Bagaimanapun Adhif Syan menafikan dakwaan beliau ditangkap dan disahkan positif dadah, sebaliknya mendakwa berada di rumahnya di Pulau Meranti, Puchong, sejak malam semalam.

Balik tidur macam biasa

Untuk rekod, polis petang ini mengesahkan satu serbuan diadakan di sebuah kondominium di Jalan Puchong kira-kira jam 4.40 pagi semalam.

Adhif Syan berkata beliau berkunjung ke kondominium berkenaan hanya untuk berbincang saja. Bagaimanapun beliau menjelaskan, tidak ada kenyataan lanjut dapat dibuat kerana kes tersebut sedang disiasat polis.

"Malah saya dinasihatkan agar tidak berbuat demikian," katanya.

Mengulas lanjut, Adif Syan berkata, dia tidak tertekan dengan pelbagai tohmahan berlegar ketika ini, malah akan meneruskan tugasnya sebagai wakil rakyat seperti biasa.

“Saya akan meneruskan tugas seperti biasa sebab di pihak yang benar,” katanya.

Ditanya adakah kejadian itu dirancang pihak tertentu, Adif tidak menolak kemungkinan itu, terutama apabila Bersatu akan menjalankan pemilihan bulan depan.

“Saya musykil bagaimana laporan itu boleh disebarkan kerana itu hanyalah laporan awal sahaja," katanya.

Mengenai kekeliruan beliau direman di lokap polis, Adhif Syan menjelaskan bahawa dia tidak ditahan dan berada di rumah selepas selesai membantu siasatan.

“Selepas membantu siasatan, saya kembali ke rumah dan tidur seperti biasa dan hanya mengetahui kekecohan di laman sosial apabila bangun pagi tadi," katanya.